In the name of ALLAH ,the Most Gracious , the Most merciful
Arahan : Baca dari atas dan baca dengan teliti , atau nanti kau takkan faham atau mungkin tersilap faham :)
Ya , ini lah si dia yang aku maksudkan , tapi jangan kau salah anggap , bukan si jejaka yang aku maksudkan , tapi situasi itu , lihat betul betul , dia . ya dia , KELAS yang aku maksudkan . Kisah percintaan aku dengan dia baru saja bermula , jadi aku harus bagi komitmen lebih pada dia , aku taknak nanti dia tawar hati pada aku , atau sebenarnya , aku takut aku sendiri yang tawar hati pada dia . Mohon Tuhan jauhkan aku dari rasa itu . Aku harap percintaan aku dengan dia iaitu KELAS yang aku maksudkan akan berpanjangan sehingga aku tamat Degree nanti, jadi awak semua , doakan saya boleh ?? Doakan percintaan aku dan kelas terus berpanjangan :)
Bila bercinta , paling penting sekali ialah kena saling memahami antara satu sama lain , itu penting kalau nak percintaan tu bertahan lama , aku sedar benda tu , tapi bila sampai satu tahap aku tak mampu untuk memahami si dia, mulalah , mulalah aku mengorak langkah pantas dengan mengambil gambar dan membuat aksi-aksi seperti yang tertakluk di atas ni tanpa sedikit pun berfikir panjang -.- bukan satu , bukan dua , tapi terlalu banyak . kau tak percaya ? Mari aku tunjukkan .
Masalah untuk mencari persefahaman antara aku dan dia belum pun selesai , masalah lain datang jengah tanpa rasa bersalah , dapat pula lecturer yang melontarkan suara yang perlahan , boleh aku agak suara itu dilontar seperti tak mahu aku mendengarnya , apalagi memahami , kau nampakkan sekarang ? betapa banyaknya konflik aku dengan dia , sebab tu aku tak sempat nak curi masa update blog ni , aku takut kalau si dia tersinggung bila aku sibuk update blog ni , sedangkan aku dan dia sedang diharung ombak badai percintaan . Jadi tolong doakan saya boleh ? Doakan agar lecturer tu terasa semangat nak lontarkan suara dan kenal erti penat untuk bercakap terlalu laju supaya kami ni semua faham apa yang dia cuba nak sampaikan. .
Sinaran matahari yang terpancar tu, bukti kami tersadai di tepi jalan semasa nak mencari jalan menuju ke arah si dia , kesian bukan ? tapi itulah yang dikatakan pengorbanan , semoga pengorbanan ini berbaloi nanti . Si jejaka pula berlegar ke sana ke mari , bukan melepak omong kosong , tapi buntu , buntu mencari arah untuk menuju ke arah si dia , yang tak pasti dimana kedudukannya pada masa tu .
Oh sebelum aku terlupa :)
Inilah classmates aku , classmates yang aku boleh katakan , mereka juga mempunyai impian dan tujuan yang sama macam aku , untuk mencari persefahaman dengan dia , ya dia , KELAS , untuk sama sama berada dalam cerita cinta aku dan dia , jadi sekali lagi aku mohon , aku minta , tolong doakan KAMI boleh ? Doakan agar kami semua terus terusan bertahan dalam perhubungan ini , doakan kami temui kejayaan di hujung jalan percintaan ini nanti , agar dunia tahu , yang percintaan ini , kisah ini nanti , bukan kisah yang sia-sia . Tolong ya :')
Doa kalianlah yang membuat kisah kami terus hidup , terus bernafas , selagi doa kalian mengiringi , selagi Tuhan Pencipta Langit dan segala isi Bumi ini izinkan , selagi itulah kami akan terus bertahan . Terima Kasih ^_^
P/s : Mohon Tuhan , pelihara hati kami , bawa jauh sifat putus asa itu dari kami , agar tidak sedikit pun perasaan sesal itu datang mendekat supaya kejayaan itu nanti milik kami , dengan izinNYA , insyaAllah :) Semoga kalian pun sentiasa diberkati dalam usaha menuju kejayaan . Aamiin
8 pendatang:
gudluck la.. (^_^)V
good luck study.. jgn malas2 huhuhu
@scrumhalf insyaALLAH , thanks \(*_*)/
@shafiqabdshukor insyaALLAH , mudah2an hehe
Senah,
dari Malaysia , kami mendoakan kau berjaya sehingga mengenggam segulung ijazah . Jangan putus asa kay ;)
Btw , semua classmates kau malaysian ke ? haha
@Aliff Haikal hehe thanks sahabat :) doa buat kamu dan kalian juga :) yupp classmate aku seua malaysian hehe
selamat berjaya :) , semoga Allah memberkatimu dan rakan rakan dalam pelajaran :)
@Superqila terima kasih ya , , a lot :) in sha allah . kamu juga ya
Post a Comment