superhero

If you listen too much to what people say about me , you will never know the REAL ME .

29 September 2012

Doakan saya boleh ??


بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH ,the Most Gracious , the Most merciful

Arahan :
 Baca dari atas dan baca dengan teliti , atau nanti kau takkan faham atau mungkin tersilap faham :)
Alhamdulillah , setelah sekian lama , akhirnya termakbul hajat dihati ingin menyunting masa bagi mengupdate blog yang telah lama dibiarkan sepi , kesian, bersawang ibarat ditinggal tuan yang tak mahu kembali . Haih . Sedih sangat ni ayat huhu .Okay tarik nafas dalam dalam . Mungkin entry ni akan panjang , atau mungkin hanya akan penuh dengan gambar , mana mana pun akan mungkin, ikut pada mood , kot kot kejap lagi berubah ke kan :p
Sekejap je masa , rasa macam hari tu baru je update blog , rupanya aku silap -.- hampir sebulan dah tak ber-update kisah baru , ya kisah baru , kisah aku dan dia , pasti kau juga ingin tahu bukan ? siapa dia yang aku maksudkan ? jeng jeng jeng

Ya , ini lah si dia yang aku maksudkan , tapi jangan kau salah anggap , bukan si jejaka yang aku maksudkan , tapi situasi itu , lihat betul betul , dia . ya dia , KELAS yang aku maksudkan . Kisah percintaan aku dengan dia baru saja bermula , jadi aku harus bagi komitmen lebih pada dia , aku taknak nanti dia tawar hati pada aku , atau sebenarnya , aku takut aku sendiri yang tawar hati pada dia . Mohon Tuhan jauhkan aku dari rasa itu . Aku harap percintaan aku dengan dia iaitu KELAS yang aku maksudkan akan berpanjangan sehingga aku tamat Degree nanti, jadi awak semua , doakan saya boleh ?? Doakan percintaan aku dan kelas terus berpanjangan :)


Perlu aku ulang , atau aku beritahu kembali ? Aku rasa aku sendiri nak ulang tanpa kau jawab , yang kini aku adalah pelajar Tahun Pertama untuk Program Ijazah selama 4 tahun dalam Fakulti Enjin , aku rasa semua pun tahu dimana aku , di bumi Solviet atau lebih tepat lagi tempatnya , Moscow Aviation Insitute , Moscow , Russia .Semuanya baru bermula , kata orang , bila kita bercinta ni , banyak dugaannya , aku dah terasa pun dugaan bercinta dengan kelas ni , padahal masih awal untuk aku panggil dugaan sebenarnya , tapi , aku tak sekuat yang kau sangka , jadi , nak minta tolong boleh ? tolong doakan saya boleh ?? Agar terus kuat untuk hadap dugaan ini sampai saya tamat belajar ? 



Bila bercinta , paling penting sekali ialah kena saling memahami antara satu sama lain , itu penting kalau nak percintaan tu bertahan lama , aku sedar benda tu , tapi bila sampai satu tahap aku tak mampu untuk memahami si dia, mulalah , mulalah aku mengorak langkah pantas dengan mengambil gambar dan membuat aksi-aksi seperti yang tertakluk di atas ni tanpa sedikit pun berfikir panjang -.- bukan satu , bukan dua , tapi terlalu banyak . kau tak percaya ? Mari aku tunjukkan .



Banyak kan ?? Oh ya , ingin aku nyatakan,bila aku tak dapat memahami si dia , aku cuba untuk cari teman , bukan teman peganti macam yang Black dan Malique maksudkan , tapi teman untuk membantu aku faham si dia . Ah sudah ! jangan kau cuba untuk fokus pada si jejaka yang berada di tengah ceruk si jelita , kerana aku takut kau akan terpedaya , bukan terpedaya sebab si jejaka itu tidak baik , atau mungkin , kejam yang engkau nak aku katakan , tapi aku katakan begitu kerana masih ramai lagi si jejaka yang wujud dalam percintaan aku dengan dia , bukan satu , bukan dua , tiga pun bukan , tapi SEMBILAN , aku taknak kau berpinar mata memandang mereka nanti .Mereka yg ramai tu semua terlibat sama untuk membantu aku memahami si dia , jadi kau boleh tolong ? Tolong doakan KAMI boleh ? Doa agar KAMI dan dia menemui CHEMISTRY yang dicari supaya senang untuk memahami . 




Masalah untuk mencari persefahaman antara aku dan dia belum pun selesai , masalah lain datang jengah tanpa rasa bersalah , dapat pula lecturer yang melontarkan suara yang perlahan , boleh aku agak suara itu dilontar seperti tak mahu aku mendengarnya , apalagi memahami , kau nampakkan sekarang ? betapa banyaknya konflik aku dengan dia , sebab tu aku tak sempat nak curi masa update blog ni , aku takut kalau si dia tersinggung bila aku sibuk update blog ni , sedangkan aku dan dia sedang diharung ombak badai percintaan . Jadi tolong doakan saya boleh ? Doakan agar lecturer tu terasa semangat nak lontarkan suara dan kenal erti penat untuk bercakap terlalu laju supaya kami ni semua faham apa yang dia cuba nak sampaikan. .



Sinaran matahari yang terpancar tu, bukti kami tersadai di tepi jalan semasa nak mencari jalan menuju ke arah si dia , kesian bukan ? tapi itulah yang dikatakan pengorbanan , semoga pengorbanan ini berbaloi nanti . Si jejaka pula berlegar ke sana ke mari , bukan melepak omong kosong , tapi buntu , buntu mencari arah untuk menuju ke arah si dia , yang tak pasti dimana kedudukannya pada masa tu . 

Oh sebelum aku terlupa :)









Inilah classmates aku , classmates yang aku boleh katakan , mereka juga mempunyai impian dan tujuan yang sama macam aku , untuk mencari persefahaman dengan dia , ya dia , KELAS , untuk sama sama berada dalam cerita cinta aku dan dia , jadi sekali lagi aku mohon , aku minta , tolong doakan KAMI boleh ? Doakan agar kami semua terus terusan bertahan dalam perhubungan ini , doakan kami temui kejayaan di hujung jalan percintaan ini nanti , agar dunia tahu , yang percintaan ini , kisah ini nanti , bukan kisah yang sia-sia . Tolong ya :') 


Doa kalianlah yang membuat kisah kami terus hidup , terus bernafas , selagi doa kalian mengiringi , selagi Tuhan Pencipta Langit dan segala isi Bumi ini izinkan , selagi itulah kami akan terus bertahan . Terima Kasih ^_^ 

P/s : Mohon Tuhan , pelihara hati kami , bawa jauh sifat putus asa itu dari kami , agar tidak sedikit pun perasaan sesal itu datang mendekat supaya kejayaan itu nanti milik kami , dengan izinNYA , insyaAllah :) Semoga kalian pun sentiasa diberkati dalam usaha menuju kejayaan . Aamiin

maaf untuk penggunaan "aku" untuk yang lebih tua dari saya(^__^)


8 pendatang:

shafiqabdshukor said...

good luck study.. jgn malas2 huhuhu

Aliff Haikal said...

Senah,

dari Malaysia , kami mendoakan kau berjaya sehingga mengenggam segulung ijazah . Jangan putus asa kay ;)

Btw , semua classmates kau malaysian ke ? haha

Bunda Ali said...

@Aliff Haikal hehe thanks sahabat :) doa buat kamu dan kalian juga :) yupp classmate aku seua malaysian hehe

Anonymous said...

selamat berjaya :) , semoga Allah memberkatimu dan rakan rakan dalam pelajaran :)

Bunda Ali said...

@Superqila terima kasih ya , , a lot :) in sha allah . kamu juga ya

DIARY BUNDA 2009 - 2017 . All Right Reserved by DIARY BUNDA