superhero

If you listen too much to what people say about me , you will never know the REAL ME .

23 May 2012

SPRING BBQ :)


بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH ,the Most Gracious , the Most merciful


Hello peeps ! Okay straight to the point . Cewahh ayat macam nak cakap pasal hati dan perasaan je kan . K . 
Muka COMEL aku memang wajiblah sebagai pembuka tirai :D 
Ahad lepas MMASO ada anjurkan aktiviti beriadah sempena spring ni atau senang cerita Family Day MMASO 2012 dan Of course lah BBQ :) <----makan ayam woit ! 



Aktiviti start pukul 2.30pm dekat hutan belakang hostel . Takdelah jauh mana berjalan . Masa aku sampai tu dah ramai dah yang ada . Makan kot . Siapa yang nak datang lambatkan . 




Fuhhhh . Yummy kan . Ada nasi goreng, kuih lapis , puding roti , air sirap dan macam-macam lah .Aku rasa siapa yang tengah lapar sekarang ni , mesti hantuk kepala kat dinding tak tahan tengok . Ayam memang bajet seorang dapat dua . tapi ada je yang ambil lebih lebih . Itu perkara biasa . Aku tak ambil lebih okay , sebab aku nak KURUS ! FAHAM TAK NI ? bab bab ni aku emo sikit sekarang ni haha hampir 90% jugaklah rakyat MAI ni yang cakap aku dah gemuk . Tercabar rasa diri yang comel ni . 



ini adalah list list cabutan bertuah . Macam-macam nama ada . Aku awal-awal dah nampak dah nama AARON AZIZ . Amboi kemain laju mata aku detect . Tapi tak berapa nak bertuah pun nama tu . Cisss mesti dengkikan sebab aku tak minat dia lagi . Lagipun dia dah menang besar dah pun dekat Anugerah Bintang Popuplar itu hari . Bagi chance lah kat orang lainkan . Ambiga , Naruto , Neelofa semua ada . Haha


Then sebelum majlis mula , AJK Sukan yang bertugas jalankan kerja masing-masing . Ambil nama untuk team team yang nak masuk acara sukaneka . Untuk perempuan memang dapat 2 team aje lah . Tak ramai mana pun kaum hawa dekat MAI ni . 

Lepas semua dah ada , MC majlis pun memulakan bicara . Perghh awat skema ayat aku ni . K teruskan . 


Ni brader MC kita hari ni :) Syed Shazrin <--harap betul lah aku eja ni 


Ucapan dari Project Manager , Saddam . Kira dialah yang bertanggunjawab untuk memastikan acara dan aktiviti hari ni berjalan lancar . 


Ucapan dari Mr . President . Firdaus Cho 
Okay untuk pengetahuan korang gambar-gambar ni juga majoriti aku ambil dari album FB dia . Muehehehe
Thanks Cho ^_^ 


Ucapan dari AJK Sukan untuk hari ni . Faris . 


Bacaan doa sebelum semua diberi kebenaran untuk makan . Zaidi . 


 Najhan . Urusan cabutan bertuah kira dialah yang handle . 











Dan sekarang jom aku nak tunjuk gambar-gambar aktiviti sukan yang ada hari tu . Antara sukan yang ada untuk lelaki adalah Jalan Kaki Tiga ke apa tah nama dia , Berlari dalam Ashan , Cari gula dalam Tepung , untuk perempuan pula , Tiup belon sampai pecah , Isi air dalam botol dan Bawa bola pingpong dengan sudu . 
Davai tengok gambar . :)




















Paling EPIC aku rasa Cari gula dalam tepung dengan Berlari dalam Ashan tu Haha 
Siap ada Final lagi . Seri punya pasal . 



 Ehh pemenang cabutan bertuah yang bawah ni macam matching pulak warna hijau 
Uhuukkk uhukkk
Mentang-mentang aku takde FB beranilah aku buat kontroversi sesuka hati kahkahkah *Peace ! 




Muka-muka pemenang :) Team aku kalah , takdelah gambar , kehkehkeh :p 

Sebagai penutup nahhhh !


KahKahKah Aku saje dengki dia ni hahaa
Habislah kena masuk microwave aku dengan roomate kejap lagi hohoho :p 
*cabutttttttttttttttttt ! :) Muehehehehe 

P/s : Seronok lah juga even tak menang. Apa pun thanks semua yang menjayakan majlis <-- ucapan bajet aku project manager sikitlah kan haha 

maaf untuk penggunaan "aku" untuk yang lebih tua dari saya(^__^)


0 pendatang:

DIARY BUNDA 2009 - 2017 . All Right Reserved by DIARY BUNDA