photo HEADER.png

superhero

If you listen too much to what people say about me , you will never know the REAL ME .

13 November 2015

Tips habiskan surah Al-Kahfi.. JOM!!!


بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH ,the Most Gracious , the Most merciful

Assalamualaikum wbt.



Alhamdulillah.. mesti semua orang pun dah tahu, bila tiba je hari jumaat mesti ada orang yang akan share atau ingatkan untuk baca surah Al-Kahfi ni.dan kita pun bila terlupa pun jadi ingat, tak tahu pun jadi tahu , hati mula berkobar memberontak nak baca

TETAPI..


haaa selalu je orang patah riukkan niat tu bila selak-selak Al-Quran atau slide-slide semakpong tu sebab surah ni panjanggggg bebenoooo.. ngeh ngeh ngeh .. 110 tuuuuuuuu... panjang tuuuuu...
:p lepas tu perlahan siput je hujung jari dia tutup balik tersipu malu membatalkan niat tu sebab rasa tak mampu.


HAIPPPP... NANTI DULU ...

jangan cenggitu gaissss sisturrrr.. TAKDE pun yang mewajibkan untuk kita baca seratusploh ayat tu sekaligus . mengah gaisss mengah . kalau dah biasa takpa . Alhamdulillah . tapi untuk yang baru nak anje-anje start membaca ni , haaa meh sis ada tips nak share ...


ok. sebelum tu, kena tahu dulu, bila kena baca kahfi ni ? O_O

skema jawapan untuk uolsss, masuk je waktu maghrib pada hari khamis sampailah maghrib hari jumaat tu. lamaaa tu gaissss.lamaaaaaa.... jadi chill chill ler kita yekk..jangan semput-2.


Okay disini ada DUA TIPS . sis ulang ya . DUA TIPS .


Tips pertama untuk yang paling beginner sekali yang baru nak mengorak langkah kata omputih. omputih sangat :p .

Untuk korang tak terbeban membaca, boleh mula dengan membaca 10 ayat awal dan 10 ayat akhir surah ni .inshaAllah. boleh kan ? #bolehkanjuga. kalau boleh baca terjemahan dia sekali. lagi faham apa yang kita baca. #nipunbolehkanjugak


Dari Abu Darda’ r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahf, dia akan terlindung dari fitnah Dajjal"
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Darda' r.a., Nabi SAW bersabda,
"Barang siapa membaca 10 ayat terakhir dari surat Al-Kahf, maka ia terlindung dari fitnah Dajjal."
(Hadis Riwayat Ahmad)


so boleh cuba dan mula ya. boleh amal setiap hari jumaat untuk sebulan mungkin. takpe . slow slow asalkan ISTIQAMAH. lepas dah biasa baca setiap jumaat tu. boleh dah UPGRADE baca full pulokk.


TIPS KEDUA. Habiskan teruiihhh gaisss sisturr.

SPLIT kepada 3 bahagian. (nak jugak tu omputih dia)

ok macam mana? haa cemana? cemana ??


bahagian PERTAMA.

korang baca selepas waktu maghrib hari khamis. baca ayat 1-31.(kalau mampu baca terjemahan lagi bagus.sebab nanti baru tahu cerita).Ada cerita tentang penghuni gua.Pemuda-pemuda yang ditidurkan selama 309tahun. Ayat 32 tu dah mula cerita lain.jadi nanti tak syok plak baca cerita tergantung-gantung tak bertali ni. inshaAllah sempat. baca rilek-rilek je. jangan main kejar-kejar dengan dia. ok? bagi yang duduk oberseee juga dan tengah bermusim salju sekarang ni mungkin maghrib pun dah pendekkan? takpe. kalau duduk malaysia pun maghrib pendek. engko jangan nak temberang haha . sis saja je . so cubalah bahagikan masa untuk 31 ayat awal tu,



bahagian KEDUA.

baca ayat 32-59. selepas waktu isyak. haaa insyak waktu winter panjang. OK DEKAT MALAYSIA PUN. jadi ini pun tak boleh jadi alasan.Allah dah seadilnya dah bagi masa kat semua.Bahagian kedua ni, cerita tentang DUA ORANG LELAKI DAN KEBUNNYA. sangat menarik. banyak ibrah(pengajaran) boleh dapat. JOM baca terjemahan dia sekali.


ok sis cakap dah kan tadi. ISYAK PANJANG. jadi boleh sambung ayat 60-82(ni dah masuk cerita lain. Nabi Musa dengan Nabi Khidir). ok mesti rasa banyak kan? TAK WAJIB pun sambung terus. boleh pergi buat homework dulu. yoga dulu. lepas tu baca . cuma KORANG YAKIN KE KORANG AKAN BUKA BALIK LEPAS DAH BUAT BENDA LAIN? *sissenyumsinis


takpe. sendiri kenal diri memasing macam mana. bagi yang JATI DIRI PADU inshaAllah TAKDE masalah. bagi yang selalu temberang tu, boleh sambung terus supaya terjagalah waktu tu .


bahagian KETIGA.

subuh pagi jumaat tu . err ok subuh memanglah pagi kan . ada pulakk subuh wakti petang . choiiii . ok teruskan. subuh jumaat tu korang boleh sambung habiskan ayat 83-110. kalau dekat Malaysia subuh biasa 5.30 macam tu, paling2 kalau bangun subuh pukul 6 pun banyak lagi masa nak bersiap ke pasar, ke kelas, ke tempat kerja.KALAU DEKATlah. hihi bagi yang nak elak tol tu lagilah kena bangun awal pagi kan. haa lagi sempat nak habiskan. O_O


ok.untuk student obersee , ok sis tahu subuh korang makin lambatkan? pukul 8 baru habis subuh . so bangun pun ngam-ngam nak bersiap ke kelas tu. isokayy. sis faham. untuk yang berlegar dekat bumi Russia ni juga, of course lah pergi kelas naik bas dan metro kan? so gunakanlah masa dalam metro bas tramvai mashrut segala tu semua untuk habiskan yang berbaki tu. terjemahan tak sempat baca takpe. korang ada waktu zohor sampai asar lagi untuk habiskan.


MASA TU ADA. KITA KENA PANDAI CURI DIA. JANGAN BAGI DIA CURI KITA. ok???


JOM cuba!! harap membantu :) kalau tak membantu. #siscuba. maafkan beta.moga kalian dan kita semua terlindung dari fitnah dajjal. inshaAllah. #fighting.



Tips Baca Surah Al-kahfi
mesti ada yang kata,apesal lah tak bagi ni terus kat atas,tak payah baca panjang :p


p/s: alah bagilah orang peluang nak bebel >.< huh. kbai.


SELAMAT MENCUBA SEMUA !!!! (^_^)



maaf untuk penggunaan "aku" untuk yang lebih tua dari saya(^__^)


Like jika anda sukakan post di atas :)
DIARY BUNDA 2009 - 2017 . All Right Reserved by DIARY BUNDA