superhero

If you listen too much to what people say about me , you will never know the REAL ME .

11 November 2011

ANTARA PERKARA YANG ALA-ALA CULTURAL SHOCK


بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH ,the Most Gracious , the Most merciful






kalau tak jawab berdosa , kalau jawab SAYANG 
atototototototo
#dush -,-

CULTURAL SHOCK 

err takdelah cultural shock sangat sebenarnya , sipi-sipi lah nak ke cultural shock tu , biasalah dah nama pun dekat negara orang , selama ni 18 tahun hidup memang kat negara sendiri jadi memang adalah perkara-2 yang mungkin agak LUAR BIASA kat sini . eh tak luar biasa sangat , tengah-2 sikit biasa tu . lalalalala :p

pertama sekali yang aku nak kongsi dengan korang adalah haish sebersalah aku nak cakap , mari sini tengok gambar dulu . .

sumber dari encik google
ya nampak kan ? tahu ni apa ? ni jamban . ya pandai . 
jamban apa ? jamban duduk . ya bagus . cukup kita belajar tentang jamban hari ini ya
pelajar-pelajar :)
#pang
korang tengoklah jamban ni , mari sini tolong aku , tolong aku cari celah mana dia letak paip air . 
mana ? MANA ? MANA ?
ehhh aku teremosi pula . maaf maaf .
paip nya memang takde , sedih aku , aku terpaksa membiasakan keadaan macam ni , tapi aku belum pernah cuba lagi guna jamban ni kat MAI , aku kena standbye tisu tak pun ada je botol kalau kau tahu kat mana student malaysia selalu letak , tapi aku takut nak cuba hahaha aku perlukan masa , even dah 2 minggu aku kat sini tak pernah sekali aku buang air dekat MAI , aku sanggup tahan nak balik bilik , sampaikan hari tu , aku tahan hampir 2 jam , senak kau tahu tak ! aku terpaksa angkat tangan minta balik awal setengah jam , lepas tu nak balik lagi ambil masa 45 minit -,- ni kalau aku kena batu karang , kau salahkan jamban tu . cehhh . okay tutup cerita pasal jamban . nanti emosi aku terganggu 3 hari .

budak jakun memang selalu macam ni , TAPI OMELLL juga aku :))
SNOW atau lebih jelas SALJI
dan keturunan dia SEJUK
masa first time aku jejak kaki kat moscow ni , lutut aku dah gigil kat luar airport tu , aku rasa sejuk sangat weyh , selama ni aku tak boleh tahan sejuk , kalau dalam kereta , dalam wayang semua aku tak boleh duduk diam macam CIPAN NAK BERSALIN ANAK KERBAU aku menggelibas
(eh kenapa aku guna ayat tu ni -,- )
so aku jelah kat sini yang pakai baju ala-2 tebal kan masa mula-2 sampai , abang-2 kakak-2 semua chill ilekkk weyh . aku tak biasa lagi nokkk . sekarang aku macam dah chill sikit , cuma sekarang memang makin sejuk , snow pun dah start turun , even aku tengah taip ni tu haaaa kat luar tu , tengah snowing tu .semua pun dah tambah berlapis baju ,bibir aku , kulit aku semu habis mengelupas .  aku tak beli lagi boot untuk winter ni , glove aku dah dapat free huhu ada kakak senior baik hati bagi dua pasang :)) cakap pasal boot aku kena beli juga esok , aku semalam sikit lagi nak terlentang okay , aku confident je jalan laju sebab sejuk , sikit lagi aku sipi je nak jatuh , kalau aku jatuh ,habis JATUH REPUTASI MAK NOKKKKKK . choiyyy .mana boleh kah . terpaksa lah aku jalan ala-2 pergi pasar .aku tak dapat bayangkan macam mana aku nanti bila suhu turun sampai -20'C
ahhhh . =.=


ISLAM ITU MUDAH

maaf ya curi-2 ambil gambar , takpe diorang tak perasan , khusyuk je tu solat
kita semua tahu beruntungnya kita dilahirkan sebagai orang Islam , kerana Islam itu Indah , Islam itu Mudah , tapi kita je yang kadang-2 merumitkan hal yang mudah . contohnya macam AKU .ya kerana aku manusia biasa , banyak lagi ilmu yang perlu aku cari gali untuk dimuatkan dalam kotak pengetahuan aku . kat sini memang takde lah SURAU untuk kita umat Islam ni solat , jadi BAWAH TANGGA ni lah yang kitorang jadikan tempat menunaikan solat . masa mula-2 aku datang sini aku agak janggal untuk solat kat bawah tangga ni , bukan sebab malu atau apa , tapi kerana aku tak tahan sejuk nak ambil air wuduk kat toilet , air panas mana ada , masa tu sekali aje aku solat kat sini , lepas tu aku selalu rushing balik bilik .dan kenapa aku kata Islam tu mudah , kerana  2 3 hari yang lepas aku baru tahu , senior aku semua ambil wuduk dengan cara mudah , muka memang lah kena basuh macam biasa , rambut pun basahkan macam biasa , oleh kerana air yang terlampau sejuk macam kau tepek ais kat muka kau tu ,  tapi untuk kaki aku cuma perlu basahkan tangan macam biasa sapu kan je pada atas kasut , sapukan je sekali , sebabnya kakak senior aku kata kita solat bawa sekali kasut , aku agak teruja masa mula-2 aku tahu , patut lah aku tengok diorang buat muka ilekkk je ambil wuduk , aku je semangat sampai gigil-2 masa ambil wuduk macam biasa aku buat . satu lagi ilmu yang aku terima disini tentang cara mengambil wuduk . maklumlah susah nak jumpa masjid , jauh , azan pun aku tak dengar-2 lagi sejak aku sampai sini , mengharapkan iqamat aje lah setiap kali sembahyang jemaah dengan kakak senior :) sekarang hari-2 aku port solat bawah tangga sebelum balik . sebab memang tak sempat solat kat bilik


tulisan buruk sejak azali . baik jangan ejek , dosa dosa . haa haaa . haha takdelah aku dah biasa :)

ruski alphabet
yang ini lagilah memang kejutan budaya untuk aku , selama ni aku bahagia je tulis , belajar semua dalam bahasa inggeris , atau bahasa melayu . bila aku datang sini , aku AGAK pening masa belajar dan menghafal huruf dan cara menulis kat sini , bunyi pun memang lain , korang tengok la , T bila kita guna untuk buat perkataan yang besambung kena tukar jadi "m" kecil , kalau aku buat M besar dah jadi huruf M macam biasa , kalau H tu sebenarnya "N" , "C" pula adalah "S" sebenarnya , jadi hari-2 aku dekat sini belajar bahasa russia dan belajar buat tulisan ala-2 berangkai . tambah pula aku ni tulisan buruk , kidal , terasa seksa nak menulis masa mula-2 , tapi alhamdulillah  , sekarang aku dah boleh eja tanpa melihat buku , mungkin adalah sikit-2 yang aku tersilap kan , baru 2 minggu kot aku kat sini , baca pun aku dah boleh , setiap hari lecturer aku akan panggil setiap orang ke depan untuk tulis setiap perkataan yang keluar dari mulut dia , alhamdulillah kadang-2 aku lebih baik dari mereka yang dah start belajar hampir sebulan tu , aku harap segalanya dipermudahkan dekat sini :) cuma tulah lidah aku ni takde suis ,sesuka hati je automatik lidah ni berkata mengikut keadaan dn tempat, bila aku jumpa orang melayu susah betul nak speaking , bila jumpa kawan-2 yang dari negara lain , dalam kelas , seolah-2 aku ni memang terer je kan speaking , tapi bila dapat kat lecturer aku yang memang tak faham inggeris tu , ahhh lidah aku berpusing 360 darjah weyh nak cakap dengan dia , bahasa tangan aku pun memang improve mendadak .


mesti korang dok gelak je kan tengok gambar aku dengan mamat negro angolia ni cehh -,- 

ini pula kawan baru dari GREECE

ni kawan aku budak malaysia , saje tepek muka dia, sebab kat kelas dia dengan lagi sorang je paham aku cakap MELAYU 
kelas aku , ada 15 orang je pun . aku duduk belakang sekali :) aku seorang je perempuan  MELAYU
masa mula-2 aku memang tak selesa , sebab aku sorang je nokkk yang melayu , nasib baik ada si INTHIRAN tu , dia tu macam melayu je cara berbual , sebab dulu dia sekolah SAINS tak silap aku , dia seorang je india kat sekolah dia , jadi memang dah macam melayu la kan , semalam dia request nak nyanyi masa kitorang jalan balik , aku ingat dia nak nyanyi lagu hindustan ke rupa-2nya dia nyanyi lagu CINTA TIGA SEGI dan BILA CINTA DIDUSTA  , paling tak tahan bila dia nyanyi lagu WALI BAND-CARI JODOH , penat aku gelak .dalam kelas aku banyak diam je, bila lecturer tanya baru aku jawab , kalau dia nak suruh aku mengeja,haaa tu aku okay je :) gagap-2 aku menyebut bahasa diorang , tapi seronok je sebenarnya , si inthiran tu kebetulan pandai cakap Mandarin , jadi aku boleh lah berbual sikit-2 supaya aku tak lupa

aku sorang je yang pakai hp CSL tu aku rasa -,-
dekat sini aku memang stuck gila bab-bab makanan , bukan tak cukup makan , aku rasa aku terlebih makan ,lagi-2 senior rajin bagi itu ini , aku pula memang tukang makan je selalu , aku dah makin kembang aku rasa.
kat sini hari-2 aku kena masak sendiri , sampai aku tak tahu nak masak apa dah , bila aku malas memang aku goreng telur je la makan dengan nasi dan kicap , kebetulan kelas aku tingkat 5 , lif rosak , bila rehat aku malas nak turun , jadi aku bawa je lah bekal . ROTI TELUR je biasa aku bawa , aku malas nak buat yang remeh temeh , dah la pagi-2 aku dah kena gerak , memang tak sempat nak siapkan nasi goreng bagai . bila tengok kawan-2 or keluarga update pasal makanan sedih aku kat sini . coolblog takde , MCD tak boleh makan , kalau boleh pun burger ikan tu , KFC memang tak boleh lahkan -,- susah nak dapat makanan halal sini . takpelah , lepas ni website MY RESIPI akan jadi website tetap aku layari lepas ni , gila kau , takkan aku nak makan telur  , sayur dengan ayam goreng je memanjang , kalau masak lemak cili api tu semua aku memang handal , tapi santan susah nak cari , mahal weyh . dah la jangan cerita pasal makanan , sekarang pun aku tengah lapar ni .

aku rasa tu je buat masa ni , korang pun dah penat baca , ni pun aku jamin tak semua yang baca sampai habis , takpe , aku saje tulis nak lepas kan emosi aku pada benda-2 yang buat aku rasa lain kat sini . .
btw , aku cuti hari ni lalalalala :)))

meh nak tayang muka comel sebagai penutup

aku tak ready lagi dia dah snap -,-
#angka 11 sila cepat berlalu . 

maaf untuk penggunaan "aku" untuk yang lebih tua dari saya(^__^)


10 pendatang:

Anonymous said...

bestnye merantau..

fatiniathirah said...

bestnya,, study luar ngara ! :D

Nursyahira izzati Ngadimon said...

akk balik sini bilaa ? nk blajar tulis2 tu bole ?
lalalalala :)

comel lahhh >,<

#untunglah belajar jauh2 . nk jugakkk !

Bunda Ali said...

@Nursyahira izzati Ngadimon
balik sni tahun depan masa summer break , bulan 7 rasanya :) bljar kt google je dik huhu

bdalem said...

tak pernah jatuh tergelincir lagi ke xy? i dah jatuh 3 kali dalam masa 2hari ni :)

Bunda Ali said...

@rebrabribrub serius ke baba u dh jtuh byk kali hahah i minta2 tak jatuh la babe , winter break dtg sni la

Unknown said...

wow smgt2 best bljar luaq ngra un .. kos apa ja ? :)

DIARY BUNDA 2009 - 2017 . All Right Reserved by DIARY BUNDA