superhero

If you listen too much to what people say about me , you will never know the REAL ME .

14 November 2011

JAMUAN HARI RAYA DI FURQAN


بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH ,the Most Gracious , the Most merciful

wajib tengok muka comel dulu sebelum baca , baru hati senang lalalalaala ~
Alhamdulillah hari ni bersamaan dengan hari ahad . . aku dijemput untuk sama-2 hadir ke jamuan hari raya di FURQAN , agak jauh lah dari hostel aku , lebih kurang 2 jam macam tu , sebab tempat tu terletak di luar kawasan Moscow .Majlis ni untuk semua pelajar perempuan yang study dekat Moscow ni sahaja , so termasuk lah student-2 yang ambil medik sekali kan , sebab majoriti memang student yang ambil bidang medik kat sini , kira kat Moscow ni tempat aku je lah yang ada untuk sesiapa yang ambil bidang kejuruteraan , perempuan memang tak ramai lah kan ciput je pun , dan ofcourse la aku yang paling muda dan comel #dush 
kau jangan layan SENAH GLAMOUR ni , dia suka mencarut .perasan dia comel -,-



muka aku memang wajib ada :)
Hari ni memang puas hati sangat sebab aku dapat makan free sampai 4 round . wahhh bahagia je kan perut aku ni kumpul lemak-2 . . suka lah tu nak bagi aku kembang sana sini kan . bukan main lagi lapar je memanjang . lagi-2 musim sejuk ni . perut aku asyik bunyi je . aku confuse bila masa aku lapar bila masa aku kenyang . sebab aku dah hadap 4 5 ketul ayam , perut aku bunyi lagi , eh tak paham aku lah . dapat pula makan kuih dan kek coklat sedap-sedap arghhhhhh tengok aku dah lapar balik dah . tengah taip ni pun mulut aku mengunyah roti lagi ni haishhh . .

okay dekat sini aku dapat ramai kawan baru :) tapi semua memang budak medik lah kan , sebab yang wakil dari tempat aku cuma berapa orang je tak sampai angka 5 pun . ciput gila kan . aku rasa teruja gila masa aku masuk apartment ni . aku rasa macam aku dekat Malaysia masa tu , ramai sangat weyh . seronok . macam datang rumah orang kawen tau . haaa . 


kawan baru gua ni . . 

student MAI , with senior

hah yang dua gambar bawah ni je yang dari MAI , sikit kan ? err aku baru perasan background dari tadi sama hahaha ah biar lah , sekali sekala plesing tempat sama kan . ngeee . . 

okay selama aku berada dekat sini aku tak pernah tayang kan muka kakak yang SEBILIK DAN SEKATIL dengan aku tu , ya kami sekatil , tapi dia tingkat bawah aku tingkat atas , kira SEKATIL lah kan huhu . . aku untung weyh sebilik dengan dia . rajin bebenor buat kek , hampir setiap hari kadang-2 sampai aku pun confuse aku kat hostel ke kat kedai kek sekarang ni . muka dia ILEKK chill je masa buat kek , memang power dah , pencen kang boleh buka cawangan dah . masak pun memang dah power , kadang-2 aku offer basuh pinggan aje dan tukang makan , dia masak , UNTUNGLAHHHHHH :p

meh sini aku nak tayang . .jeng jeng jeng

***


***



***




***


Nurul Atiqah

CEH padahal kat atas dah ada gambar dia hahah aku saje nak tepek banyak-2 mana tahu nanti dia tengok ke tiba-2 dia teruja kan , lepas tu nak pula offer masakkan untuk aku lagi , haish bahagia , sebab aku asyik masak ayam goreng aje kat sini hahah tapi tu lah , dah seminggu ni hari hari aku makan ayam bukan main lagi bahagia . lemak dah ketul ketul dah ni . takpe nanti dah habis musim sejuk aku pergi jogging . siap kau SENAH GLAMOUR lagi :) 

lepas dah settle semua apa lagi balik lah kan , kitorang gerak lepas mangrib dalam pukul 5 lebih macam tu , suhu hari ni -1'C , tapi heran pula aku , takdelah sejuk mana , aku lagi syok bila angin lalu lalu kat muka ni , indah je dunia aku rasa hahaha tapi bila takde angin aku sejuk , aku pun pelik , terbalik la aku ni kan . 

ekhem kasut baru . 999rubel haha #akutaktahusiapamamatbelakangtuJANGANTANYA

JOM BALIK . . 
sesaje tayang muka aku banyak-2 kan , , hari ni 1st time aku naik metro yang boleh nampak view , selalu metro yang aku naik UNDERGROUND je . bosan betul . gelap je dunia  . tak nampak apa pun , tahu-2 je sampai station nampak muka orang tengah tunggu metro , nasib baik awek awek dan mamat mamat sini semua HOT HOT belaka , seronok aku tengok :)))

kat sini pukul 5 lebih dah gelap dah weyh sekarang , jadi mata ni cepat je layu , tunggu time summer kang , pukul 10 baru nak maghrib . :p

p/s: rindu mami -,-

maaf untuk penggunaan "aku" untuk yang lebih tua dari saya(^__^)


0 pendatang:

DIARY BUNDA 2009 - 2017 . All Right Reserved by DIARY BUNDA