photo HEADER.png

superhero

If you listen too much to what people say about me , you will never know the REAL ME .

06 November 2011

PENGALAMAN BERAYA DI PERANTAUAN


بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH ,the Most Gracious , the Most merciful



entry kali ni aku nak memulakan cerita tentang pengalaman aku 
menyambut kedatangan AIDILADHA di tempat orang . oh . sungguh tak best . tapi mungkin kerana ini adalah pengalaman pertama untuk aku jadi terdapat banyak kekurangan dalam menyambut HARI INI .

aku bangun je pagi , terus buka laptop , nak online , nak skype dengan keluarga , tapi hampa tiada siapa pun antara mereka yang online . lepas tu boleh pula tangan aku ni gatal pergi buka takbir raya kat youtube tu , haish , wa nangis meleleh weyh , wa raya sorang ke hari ni ?? ARGHHHH

aku cuba kalis muka sedih !
tak lama tu aku di maklumkan ada solat hari raya dekat tingkat 10 hostel aku ni , 
means dekat surau lah . so aku terus siap-2 sebabnya aku tak nak duduk dalam bilik raya sorang-2 . 
aku rasa macam dalam dunia ni aku hidup sorang je pagi tadi . then ada seorang kakak senior call datang makan-2 kat bilik dia , masa tu aku memang bersyukur sangat . dapat makan free , apahal pula wa tak suka hehe . .

tapi sebelum aku turun , aku sempat lah skype dengan kawan aku yang buat medik dekat egypt sana . 



kecoh gila lagi lagi bila dengar diorang gelak , heaven lah diorang kat sana , haha
lepas je settle skype dengan diorang , aku turun . 

kalaulah kak ipah tahu aku masukkan gambar ni hee sorry :p
kakak senior aku semua tengah sibuk sediakan juadah hari raya , aku ni jadi tetamu dan tukang makan je , memandangkan aku ni paling muda dikalangan pelajar MAI bagi pelajar melayu , jadi tahun ni aku jadi tetamu je heee tunggu aku balik Malaysia nanti aku belajar lah skill-2 masak rendang kan :p


ini antara makanan yang aku makan kat bilik kakak senior ni , serunding pun ada dengan ketupat tapi aku tak sempat nak ambil gambar , agak ah aku sedihkan sebab tak dapat makan rendang . huhu lepas makan bergambar lah kejap dengan kakak senior lain yang duduk sebilik tu . 

kakak ni je selalu rajin layan aku ambil gambar hehe
kiri kak as , kanan pula kak jan , kak as selalu jadi mangsa dengar aku cerita :p
sebenarnya aku nak ambil gambar dekat luar , but tidak mengizinkan . dah makin sejuk , hari ni dah turun -7'C . kalau aku keluar pun buat kebas tangan je ambil gambar .
lepas aku dah kenyang , aku tiba-2 teringin nak rakam video untuk orang sana , cewahhhhh korang dengar dan tengok je lah okay , aku dah cuba sedaya yang mungkin nak tahan air mata aku dari mengalir , kang jatuh reputasi SENAH GLAMOUR weyh . mana boleh hahah


aku punya nervous sampai tersilap cakap kuah lodeh jadi kuih lodeh -,-

lepas settle semua , aku pun balik bilik , tiba-2 kakak bilik sebelah panggil ajak makan , wahhh menu dia gila gempak weyh , semua diorang buat sendiri . hebat tak hebat lah kan . aku tukang makan je . rezeki ALLAH bagi , sebab aku sedih sangat nak makan sedap agaknya huhu











bestkan ? tapi malang nya perut aku dah agak penuh , lepas tu aku teringat pula kat kakak bawah tadi , diorang tak dapat pun rasa , so aku just makan nasi and lauk ayam sambal tu je . kang aku sebersalah teringat kat diorang haaa . . 

cuma aku dan kakak hujung kanan tu je yang junior aku rasa , yang lain semua dah last year

ni pun semua senior last year

abg ni photographer , mungkin memang dekat sini dia lah kot

ekhemmmm , dah berpunyaaaa ni . .
lepas aku dah memang kenyang , aku terus masuk bilik , baru nak online , ada kakak senior lagi sorang pula call ajak makan , wahh memang rezeki aku hari ni , bersyukur sangat . kat atas aku dapat makan ketupat dengan kuah kacang , sedap-2 . . 

btw , terima kasih untuk semua kakak senior yang bagi aku makan free hari ni , hilang sikit rasa sayu aku bila kenyang heeeee . . 

habis lah aku kalau diorang tahu aku tepek muka diorang kat sini :p
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 

maaf untuk penggunaan "aku" untuk yang lebih tua dari saya(^__^)


Like jika anda sukakan post di atas :)
DIARY BUNDA 2009 - 2017 . All Right Reserved by DIARY BUNDA