superhero

If you listen too much to what people say about me , you will never know the REAL ME .

19 March 2015

SUPERHERO SADO


بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH ,the Most Gracious , the Most merciful

Assalamualaikum w.b.t


okay--
jangan gelak ya semua >.<
tetiba dari blog ayu comel-comel bertukar jadi blog SUPERHERO SADO pula hihi
siapa dia ni ? hmm bajet bajet ajeeeee..


Haaa tu boleh baca dekat tepi blog ni . kenapa SUPERHERO SADO? siapa tahu apa kerja superhero ? menjadi penyelamat bukan ? yaaa bagus . ayuh tepuk tangan . anda memang hebat . ayuh selamatkan dunia bersama-sama saya . dan anda haruslah dan wajib untuk sado jika anda ingin menyertai misi menyelamat ini . hurmmm tak best pula selamatkan dunia . okay kita tukar. AYUH SELAMATKAN UMMAH !!

Jadi dengan ini , saya menyeru anda semua dengan segala semangat alam yang ada untuk misi ini . ya anda . andalah superhero yang kami cari . andalah penyelamat yang kami nanti . *tepuktanganlagi*




Besarkan tanggungjawabnya ? ummah tuuuu ... *jelingkatdirisendiri*.

mesti akan ada yang kata :

"aku tak cukup baiklah . mana boleh jadi superhero"

"hmm dosa aku banyak ni. mau dalam 17 lautan api jugaklah kalau kira tambah tolak darab bahagi sejak dari dalam perut mak lagi.sebab aku dulu suka tendang-tendang masa dalam kandungan"

"aduh, macam mana nak join . ilmu didada tak cukup ni . tak sampai paras dada lagi . baru paras buku lali je ni"


haihhhh.


kalau anda semua nak tahu . itu adalah bisikan syaitonirrojimmm yang sengaja dia dendangkan.lawan lawan lawan . siapa taknak jadi baik brader sister ? *mukasinis*



wahai sekalian, tiada ada syarat yang meletakkan mesti menjadi ustaz atau ustazah untuk menjadi baik . itu juga bisikan nurani syaitonirajjimmmm untuk batalkan niat anda semua . kalau kata tadi banyak dosa tak cukup baik , haaa ini lah masa dia . dengan menjadi superhero anda pasti dapat kurangkan dosa dan menjadi baik . dahlah dapat tambah ilmu , dapat selamatkan ummah pulak tu . fuhhhh hebattt hebattt . bukan itu sahaja , keberangkalian untuk akhi akhi ukhti ukhti tetiba menjadi hensem dan cantik menawan pun tinggi . *sukalerrtuuuu* . ini serius talk . ranking anda pada sisi Tuhan akan naik inshaAllah . itulah dia kecantikkan dan kehenseman yang paling menawan sekali .


SO APA TUNGGU LAGI ? JOMMM JADI SUPERHERO .

mulakan dengan niat kerana Allah . inshaAllah ! selamat perjalanannya . memang kena sado . itu syarat wajib . haipppp . bukan sado lengan ketul ketak tu . sado tuh. tuh hati tuh. biasalah kalau kita nak buat benda baik ni , syaitonirrojimm kompem hantar tentera-tentera berkuda dia untuk usik hati kita . boleh jadi tentera-tentera dia tu dikalangan manusia itu sendiri . #eh .  jadi memang kena kuat hati tu.kalau tak memang sakitnya tuh disini lah nanti .


kalau susah sangat nak buat baik. menolak kejahatan itu juga sudah menjadi satu kebaikkan !! *kenyitmata* untuk ukti je ahhh ni tapi haha


p/s:saya sendiri banyak buat dosa,saya sendiri belum cukup baik .saya sendiri tak cukup ilmu .kerana kita adalah manusia lemah yang Tuhan cipta.jadi ayuh kita bersama-sama. ^_^





maaf untuk penggunaan "aku" untuk yang lebih tua dari saya(^__^)


0 pendatang:

DIARY BUNDA 2009 - 2017 . All Right Reserved by DIARY BUNDA