superhero

If you listen too much to what people say about me , you will never know the REAL ME .

04 December 2011

RSMU HANDBALL OPEN 2011


بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH ,the Most Gracious , the Most merciful




Pemenang untuk kategori perempuan

Alhamdulillah , Semalam aku untuk pertama kalinya join HANDBALL TOURNAMENT , okay siapa yang kenal aku atau mungkin satu sekolah dengan aku dari sekolah rendah mesti tahu yang aku ni memang addicted tahap kritikal dekat game handball ni . Memang jiwa aku . Kalau tak , takkan lah aku sampai sanggup keluar sekolah sukan dulu kan sebab sekolah sukan tu dulu cuma hantar team handball lelaki je . Nampak tak betapa besarnya effect handball ni dalam hidup aku ?

Kali ni , aku dapat pengalaman baru , selalu nya kalau aku pergi wakil main handball , setakat redah panas , hujan , ribut , kilat petir semua , kali ni untuk pertama kali dalam hidup aku redah salji dalam sejuk-2 ni pergi main handball .kau tak rasa ke aku patut jakun ? hahaha






 

Kau rasa kenapa aku letak gambar ni FIRST sekali ? Kau perhatikan yang baju merah , seluar panjang tu , aku geram dengan dia kau tahu tak ! Kau tak tahu ? Okay sekarang aku nak bagi kau tahu . Masa tengah game , okay fine aku tahu masa tu team dia dah leading lawan team MAI , lepas tu punya lah berlagak , eh jap aku tak rasa dia berlagak , aku rasa dia BANGANG , sebab dia boleh pula main hold bola tu sorang-2 kononnya nak lambat-2 kan game la kan , biar masa habis so team dia menang ? WEYH BRO , KAU NAK PERAM BOLA TU JADI TELUR AYAM KE ?Tak pro weyh main cam tu . Baik kau pergi lawan dengan budak tadika , kalau kau rasa tak best , tak pe , nanti aku carikan lah makcik-2 russia kat sini lawan dengan kau !!!Nampak tak aku marah tak habis lagi ni ? #Astagfirullahalazim . .





Masa tu aku nak je turun , bagi lutut kat pengadil yang jaga tu , okay fine , aku faham lah kau tu tak bertauliah pun , tapi at least kau bagi warning lah , haishhh EMOSI WA CAKAP LU ! Masa dah habis masa tu , of course la semua orang protes kan bila pengadil tak buat apa-2 , WELL , ALLAH tu MAHA ADIL , dia tahu siapa yang layak untuk menang , rupa-rupanya , keputusan SERI , ambil kau ! So automatik lah penalti kan , dengan izin ALLAH , team MAI menang . HAAAA TU MAKANNNNN DIAAAA !!!! Okay stop , Aku menyampah pula taip pasal kau kat dalam blog aku . Jatuh kan reputasi blog aku je . Kalau kau baca , atau maybe girlfriend kau ke sepupu sepapat kau baca ! Tolong eh ! Tolong ambil pengajaran sikit . Jangan nak KEREK lah mat . HAISH . Dah lama SENAH GLAMOUR tak marah-2 kat blog . Kau sajelah tu kan nak famous dalam blog ni . JADI , aku pilih GAMBAR yang tak NAMPAK MUKA kau tu !!!

Okay dah puas marah , Tayang muka COMEL dulu :))
Hilang keayuan aku tau marah-marah . Haih . Okay tarik nafas dulu . Betulkan niat :p

Okay semalam MAI hantar 3 team . 2 lelaki , 1 perempuan . Dan Alhamdulillah kesemua team bawa pulang medal , tempat kedua , dan ketiga .Tapi tak banyak pun team yang ambil bahagian semalam. Aku mesti lah seronok tahap kelawar bangun siang kan , First Medal tu aku dapat , Tapi aku tetap KECEWA , bukan kecewa pasal apa , aku kecewa sebab aku rasa aku tak buat yang terbaik pun semalam , sedangkan aku tahu aku boleh buat yang lebih baik . Dan inilah kali pertamanya aku tak dapat golkan lebih dari 5 untuk game yang tak seberapa ni , takpelah , mungkin sebab aku pertama kali juga main indoor , biasa main dekat padang , aku tergolek sana sini pun aku seronok , tak rasa apa . Terbang sana sini selamat kan bola pun aku takdehal . Bukan cakap besar , tapi aku sendiri rasa aku memang main teruk semalam sepanjang 7 tahun aku bergelumang dalam sukan handball ni . WA KECEWA BRO !!! =.=

Moscow Aviation Institute Handball Team :)
KAK ESHE dia dah balik , nak shopping barang dapur aku rasa :p

 


Muka bangga dapat medal . lalalalalala~



Okay dah stop tayang muka comel haha . Dah lah semalam aku dapat panggilan baru . Ada orang seru-seru nama aku XY jadi UNKNOWN .Amboihhhh . Aku dapat tahu siapa mula kan . Standbye , Lutut ku ditekak mu :)) Memandai kau nak tambah lagi gelaran aku ya . Sadis makcik haha .Gurau lah :)

Sekarang jom tengok aksi-2 yang buat aku rasa seronok je nak tunjuk korang :)
Ekhemmm
Eh blog aku , mesti lah muka aku dulu aku tayang hahah . Seronok je aku baring kan sumbat penalti , SENAK perut aku weyhhh . Selalu atas padang tak rasa . Sekarang ambil kau rasa nikmat bila terhentak kat court indoor ni macam mana =.=

Arsyafiq
Ni senior aku yang first-2 aku kenal dekat MAI ni masa aku mula-2 sampai , i mean , untuk lelaki lah . Budak ragbi ni weyh . Kau tengok lengan dia ?Kalau aku jadi wall , memang aku fikir 17 kali nak block dia . Aku bagi laluan aje lah nampak nya . Tak berani Cik Senah  =.= Okay dia main POWER . Takpe dia tak tahu pun blog aku . Takdenya dia nak kembang semangkuk baca aku puji dia .  :)

Faiez
Dia ni pun power , aku dah boleh baca dah macam mana gaya dia bila nak masukkan gol , mesti dia bump bola tu dulu sekali baru dia jump . Hehehe , Bergaya lah tu weyh . Aku rasa semalam dia lah yang paling banyak masukkan gol .Sebab memang muka dia aje aku rasa yang dok sebuk masukkan gol . Majoriti of course lah masuk :) Okay jangan berangan .Dia dah berpunya .Sila batalkan dan betulkan niat kau ya :)

Captain aku ni :) Nampak tak muka bengang dia ?
Ni muka bengang gara-gara Cina Kopek celah bukit atas tu yang aku cerita mula-2 tu . Buat hal . Tak pasal-pasal dia membebel . Sentap weyh ayat dia hahaha Aku gelak je dengar semalam . :)


Kyo




Sebenarnya dia ni duduk sebelah bilik aku aje , Tapi sebulan sekali aje jumpa muka dia hahahah sampai aku lupa dia ni jiran aku rupanya . Hahaha Teruk betul .Semalam masa dia dapat golkan , bukan main lagi dia jalan ala-ala ayam serama gedik kat court tu haha . . Takpe dia tak tahu blog aku :)




Fokus pada KEEPER
Wakakakakaka , seronokkan ?Dah ada bakat dia nak daftar masuk Sehati berdansa , bukan main berdondang sayang dia depan tiang gol tu haha . Maaf ya bro . :) Saje gurau .

Senyum :)

Hello , aku bukan seruh kau senyum , tapi mamat yang dok jump tu orang panggil senyum , Jangan tanya aku , aku tak sempat nak interview salasilah hidup dia macam mana dia dapat nama senyum tu :) Kau tanya lah aku, Gigi kau hilang separuh nanti .

 
Yang ni pun aku belum ada peluang nak tanya sejarah silam nama TOGEY yang dia dapat :) Tunggu aku ada masa nanti lah eh . Ah kau tak yah ngada-2 nak request nak tengok muka dia , Aku takde . Tunggu lah nanti bila ada rezeki muka dia nak masuk blog aku lagi :)

Dialog sendirian berhad :) 

Terima kasih kepada watak-2 yang wujud dalam gambar di atas . Hahaha


KBAI . 
Penat nokkkkkkkk !!!!
Apapun , AKU HAPPY SEMALAM :))

maaf untuk penggunaan "aku" untuk yang lebih tua dari saya(^__^)


3 pendatang:

Anonymous said...

jimbit betul.. =,= x puas hati aku menganjing ke... lol - the keeper T_T

DIARY BUNDA 2009 - 2017 . All Right Reserved by DIARY BUNDA