superhero

If you listen too much to what people say about me , you will never know the REAL ME .

19 June 2015

HATI LOMPANG


بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH ,the Most Gracious , the Most merciful

Assalamualaikum wbt.



“ Kau lihatnya terlalu keras, bukan?”

Aku jeling dan senyum serentak melihat dia.

“ Masa lalu aku mengajar aku menjadi keras begini. Dan tak perlu kau tanya akan hal yang terjadi”

“ Aku selesa keras dan bertegas. Dari lemah yang akhirnya meranapkan seluruh jiwa aku–

Apa kau tahu?”

-nurulqalbi-





Kadang-kadang kita melihat orang yang selalu kuat dan ketawa tu seperti tidak pernah ada ujian yang Tuhan kasi tanpa kau tahu sebenarnya dia sudah berkali-kali rebah dek kesedihan yang tak tetanggung. Lalu kau memperlekehkan dia.



Ramadhan dua.
moga menjadi titik mula buat diri untuk terus membersihkan sekeping hati.



Ketahuilah, bahawa di dalam badan itu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh badan, dan apabila ia rosak, rosaklah semuanya, ketahuilah, itulah dia hati."
 (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



besarnya efek hati. 
mampu pengaruh seluruh perilaku kita.
huhu
susahkan ?
tapi Tuhan takkan pernah zalim untuk biarkan hambaNya yang berusaha.
biarlah apa orang nak kata.
sampai bila pun kita takkan mampu puaskan hati manusia.
hatta nak memuaskan hati sendiri pun kita tak mampu.
inikan pula hati yang lain yang tak berpusat dalam tubuh kita.kan?


moga ramadhan kali ini tidak sekadar mengubah jadual kita tetapi hati kita.
bila kita nak sampaikan sesuatu kebaikkan tu
dalam masa sama kita kena bersihkan hati kita juga


mana mungkin hati yang kotor dan lompang mampu menyentuh hati insan lain bukan? :) 
yang penuh dengan emosi dan hasad?

Tuhan akan selalu memberi jalan.


kata seorang hamba Tuhan,
apa yang kita lakukan dulu adalah bukan diri kita yang sekarang

jadi,
buktikan pada yang lain yang kita bukan orang yang sama lagi walau masih guna nama dan jasad yang sama.


mereka bukan Tuhan.
kita juga bukan Tuhan.
lalu mari buat kerja manusia dan hamba, tinggalkan kerja Tuhan.


maaf untuk penggunaan "aku" untuk yang lebih tua dari saya(^__^)


DIARY BUNDA 2009 - 2017 . All Right Reserved by DIARY BUNDA