superhero

If you listen too much to what people say about me , you will never know the REAL ME .

10 January 2015

KERANA MURABBI JUGA SEORANG MANUSIA


بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH ,the Most Gracious , the Most merciful



kita selalu menyangka bahawa sang murabbi itu seorang yang sangat hebat dan kuat .
kita selalu menyangka bahawa sang murabbi itu kebal seperti wanita besi.

tapi

kita juga selalu lupa bahawa sang murabbi itu juga seorang manusia

manusia biasa yang punya hati dan perasaan 
manusia biasa yang juga menangis tatkala terluka
manusia biasa yang juga di uji seperti yang lain

malah , ujiannya jauh lebih hebat dari mutarabbi.

aku terkilan.
terkilan dengan diri sendiri.
terluka saat melihat air matanya jatuh mencecah bumi.

hanya jari jemarinya yang mampu aku penuhi untuk memujuk hati.

ntahlah..

aku mula terasa sesak dalam jiwa.
perasaan jadi tak keruan.

mungkin..

kerana ada rasa cinta pada sang murabbi. 
yang apabila melihatnya bersedih membuat aku terkedu

Ya Tuhan, 
berilah kegembiraan atas kedukaannya
berilah kekuatan atas kelemahannya
berilah cahaya untuk selalu mengiringinya
dan jadikanlah aku insan yang selalu berada disisinya
untuk selalu  bersama menyambut tatkala masing-masing ingin rebah

Ya Tuhan.
berilah kami bekalan iman yang mencukupi
agar kami akan selalu disini
di atas jalan menuju ilahi.
redhailah usaha dan niat kami. 



10012015,
Bumi cinta.

maaf untuk penggunaan "aku" untuk yang lebih tua dari saya(^__^)


0 pendatang:

DIARY BUNDA 2009 - 2017 . All Right Reserved by DIARY BUNDA