superhero

If you listen too much to what people say about me , you will never know the REAL ME .

23 November 2013

BERSYUKUR :)


بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH ,the Most Gracious , the Most merciful


Sejak kebelakangan ini , sering sahaja aku mendengar atau terbaca hal-hal berkenaan dengan 
SYUKUR . 
Mungkin memang Allah itu nak bagi teguran pada diri yang lemah ni . Kadang-kadang , bila kita dah terlampau leka dengan dunia , kita sampai tak perasan pun , betapa banyaknya rahmat dan nikmat yang Allah dah beri pada kita . Malu . 

Aku selalu mengeluh . Nampak sangat aku tak reti bersyukur dengan nikmat Tuhan . 
Tapi , betapa beruntungnya menjadi hamba kepada Tuhan yang SATU ini . 
Dia tidak terus menghukum di atas setiap keluhan  yang aku luahkan . 
Allah . Sunnguh besar kasih sayangMU . 
Teguran demi teguran Allah bagi . dan masih , dalam teguran itu , 
pelbagai nikmat lagi yang dia beri . Nangis . 

Aku beruntung . 
Beruntung kerana dicampakkan ke bumi tarbiyyah ni .
Mungkin , bumi soviet ini agak asing bagi seseorang , tetapi bagi aku
disinilah aku belajar menjadi hamba . Hamba yang kembali mencari Tuhan setelah sekian lama 
mengasingkan dirinya sendiri . 
Syukur Ya Rabb . 
atas nikmatMU . yang satu ini . 

Bila aku mengeluh , 
Dia hantar orang untuk mengingatkan , 
bodohlah aku , kalau aku tepis teguran itu . 
sedang teguran itu sendiri menyelamatkan aku dari jurang neraka . 
Kau nak masuk neraka ? *tanya pada diri sendiri*
bahkan bahang api yang sedikit atas muka bumi ni pun kau tak mampu nak tahan , 
kau nak tahan bahang api neraka ? *sentap*

Manusia memang tak lari dari sifat sifat lupa diri . termasuk aku . 
Aku sering mengeluh pada hal yang aku kira , takdelah besar mana pun . 
tapi benda itu jadi berat dan besar bila takde langsung rasa SYUKUR 
walaupun sekelumit dalam diri ni . 
Mungkinlah . kita rasa benda ni biasa . tapi sebenarnya . 
dengan perasaan yang sekecil ini lah yang menjauhkan kau dari Tuhan . 
dari Pencipta kau sendiri . 

dari tiada rasa syukur walaupun sebesar kuman ini lah , 
yang membuatkan manusia jadi tamak , takbur , riak , iri hati .
semua. 

“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.”
 (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)


“Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.


*sentap*
kadang , bila kita terbaca benda benda ni semua , 
ada manusia yang masih terus point orang lain . 
mungkin , ada manusia lain yang dia rasa ada semua sifat-sifat tu . 
tadi dia lupa , lupa untuk muhasabah diri dia sendiri 
kau rasa kau dah cukup syukur ? *tanya lagi pada diri sendiri*
ah rasa macam kena lempang . 

kita selalu penuhkan hari hari kita dengan percakapan yang menjauhkan kita dari Tuhan 
"kalaulah , aku ni kaya"
"kalaulah , aku ni cantik "
"kalaulah aku ni pandai "
"kalaulah , tadi aku blablabla"

*sekarang tampar diri sendiri*
-ya aku pun lempang diri sendiri juga- *sengih*

aku mula muhasabah diri sendiri . :
kenapa aku tak kaya . banyak duit . dan mungkin aku boleh sedekah pada orang ke yang susah?

kenapa aku tak cantik macam retissss , mesti semua dok syok pandang ke minat ke ?

kenapa aku ni lampi (lambat pikap ) sangat banding dari orang lain . boleh la aku senang lepas exam macam dia tu . .

Allah itu Maha Penyayang :) 
Dia beri aku sedikit demi sedikit jawapan untuk setiap persoalan timbul . 
jadi ini jawapan aku . 

kenapa aku tak kaya ? tak senang ?
Mungkin , aku lupa ,betapa Tuhan lebih mengetahui tahap kemampuan setiap hamba-hambaNya .
andai satu hari nanti , bila dia tiba-tiba beri aku kesenangan , duit banyak . yakin kah yang aku masih berpegang pada niat aku untuk sedekah pada orang atau tolong orang yang susah ? yakin ke ? 
apa aku lupa ? Syaitan itu berduyun-duyun dok datang berjoget hinggap dekat aku . 
mungkin Allah tu tahu , andai dia beri kesenangan pada aku , mungkin aku akan salah guna kesenangan tu
masa itu , niat aku nak tolong orang ke nak sedekah ke 
mungkin tinggal angan-angan dan cakap kosong je 
ntah ke mana aku dok pi enjoy sana sini . 
tak ke semua itu lebih menjauhkan aku dari DIA ???  :)
apa aku nak jawab dekat depan Dia nanti . 

"oh ya duit tu guna untuk pergi enjoy "

haaa tunggulah kau kena humban dalam neraka jahanam sana kalau berani nak jawab macam tu
depan Dia . 

kau nak tipu ???

"duit tu dah sedekah dah seperti yang di niatkan"

jangan mimpi . bangunlah . 

apa kau lupa ? Allah itu Maha Mengetahui Maha Melihat .
soroklah kau dekat ceruk mana pun . sedang bisikan hati kau pun Dia mampu dengar . 
jadi , dari situ , aku dah boleh ajar diri aku untuk selalu bersyukur . 
nampak tak , Allah itu sedang menyelamatkan aku dari sifat tamak dan lupa diri ?

kenapa aku tak cantik ? 
apa kau rasa , kecantikkan kau tu akan kekal ? boleh kekal . boleh . meh aku awet muka kau nak ?
bagi maintain macam tu je . tu pun KALAU boleh . 
cantik itu sendiri dah boleh jadikan kau riak . sombong . 
sebab kau akan rasa orang dok suka syok tengok kau . puja-puja kau . 
dah kau jadi penyebab orang buat dosa pula . kau nak ?
fitnah pun kejar-kejar nak datang dekat kau . tak sempat dia nak merangkak 
jadi apa yang kau nak kejar sangat dekat "cantik" tu ? 
kalau hati kau hudohhhhh benorrrrr(baca dengan 4 harkat panjang haaa)
 jadi apa yang aku dapat dari sini . 
Allah tu sekali lagi selamatkan aku dari sifat yang menjauhkan  aku dari Dia . 
betapa kasihnya Allah , pada aku , Dia nak aku selalu ada dekat Dia . 

kenapa aku tak pandai ?
kalau aku pandai , mungkin Allah tu tahu , aku mungkin akan berlagak 
takpun kedekut ilmu . dok simpan ilmu buat jeruk . 
lepas tu kompem2lah aku goyang kaki  . taknak dah kejar ilmu .
sebab rasa diri dah pandai .sekarang ni pun dok goyang kaki juga.
kalau pandai . tak tahu lah gamaknya 
sekali lagi Allah selamatkan aku . dari sifat sombong dan takbur . 
yang paling aku beruntung . Allah beri aku peluang untuk aku berusaha . 
dengan berusaha itu sendiri pun , sudah cukup mendekatkan aku dengan Dia .
secara tak langsung , rasa kebergantungan pada Dia tu makin kuat . 
dah senang2 aku dapat pahala berusaha . Allah kan pandang pada usaha . bukan result . kan ?

lalu aku terfikir . untuk apa lagi aku mengeluh ?T____T
 fizikal pun Allah bagi cukup sifat dah . buta ? takk . boleh melihat . 
pekak ?tak .boleh mendengar . bisu ?tak . boleh bercakap . 

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?"
(Ar-Rahmaan 55:13)

T______T
malu . 
betapa banyak nikmat yang Allah beri . tapi kita tak pernah nak bersyukur malah kita sibuk 
cari kelebihan yang orang lain ada yang takde pada diri kita . 

"Nikmat itu juga adalah UJIAN"

dan ujian itu yang membuatkan kau sama ada makin dekat atau makin jauh dengan DIA . 
itu pilihan . Allah dah bagi akal  . jadi gunakan . 
tapi yang paling kau kena ingat . 
Ujian itu Allah dtg tidak sekalipun untuk menyusahkan kau mahupun sekalian hambaNya
tapi itu tanda kasih dari Dia untuk kau KEMBALI .
maka KEMBALILAH . . :) 
TuhanMu menunggu panggilanMU .
selagi kau masih bernafas . takkan pernah terlambat . untuk kau berbuat demikian .


jadi ayuhlah . ayuhlah didik hati , untuk melihat walaupun sekecil-kecil nikmat yang Allah beri . 
apalagi yang kau nak ragukan ? (cakap kat diri sendiri)
tak susah. 
cukuplah dengan hanya berkata "Alhamdulillah"
untuk permulaan ni . 
Yakinlah . Janji Allah itu pasti . ^_^ 
cuba tengok pada diri sendiri . apa sahaja yang kurang ? 
cubalah untuk syukur atas perkara yang kecil-kecil sekali pun , 
nanti-nanti kau akan mula rasa , apa yang kau risaukan ke selama ni , 
semua tu small matter je . takde apa pun . nampak tak betapa beruntungnya hamba yang
"BERSYUKUR "

ini apa yang aku pegang 

Allah pernah berfirman :
“Aku adalah apa yang hambaKu sangkakan, dan Aku akan bersamanya selama ia mengingatiKu”

nampak tak betapa kasihnya Allah pada kita :) 


p/s : sedarlah diri . sedarlah hati . masa mu tidak panjang . gunalah sisa yang ada untuk hapuskan jarak yang ada antara kau dan Tuhan kau . Dia menanti . (cakap kat diri sendiri sambil hantuk kepala ke dinding .kalau tak sedar jugak tak thu lah aku ni T____T )


maaf untuk penggunaan "aku" untuk yang lebih tua dari saya(^__^)


2 pendatang:

iman salsabila said...

alhamdulillah. tazkirah yang baik untuk saya jugak kak. thanks for sharing. Moga Allah permudahkan penghijrahan kita semua ke jalan yang lebih diredhaiNya. InsyaAllah :)))

Wanita Garam said...

@iman salsabila aseef baru perasan komen . inshaAllah sama2 lah kita ya :) jzkk

DIARY BUNDA 2009 - 2017 . All Right Reserved by DIARY BUNDA