superhero

If you listen too much to what people say about me , you will never know the REAL ME .

12 December 2012

SEORANG DIA


بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH ,the Most Gracious , the Most merciful





Tuhan , 
Aku hanya perempuan biasa biasa , 
kata-kata ku juga mungkin berbisa , 
kadang membuat ramai yang terasa , 
tapi masih , kau hantar seorang dia , 
untuk terima aku secara bersahaja . 

Tuhan , 
Aku ini tidak punya wajah jelita , 
hanya cerita pengubat duka yang aku ada , 
itu sahaja untuk buat mereka tertawa , 
tapi masih , kau hantar seorang dia , 
untuk ada bersama aku sentiasa . 

Tuhan , 
sering saja aku bermuka lara , 
menangis ibarat kehilangan benda sebesar dunia , 
sedang yang lain kata aku mengada , 
tapi masih , kau hantar seorang dia , 
untuk hadir merawat luka . 

Tuhan , 
diri ini selalu berlagak ketawa ,
seakan masalah pun langsung tiada , 
senyum panjang dalam hiba , 
tapi masih , kau hantar seorang dia , 
untuk memberi aku peluang meluah rasa .

Tuhan , 
betapa aku syukur atas kehadiran seorang dia , 
datangnya tanpa aku minta , 
perginya tanpa aku paksa , 
buat apa sahaja demi lihat aku bahagia .

Tuhan , 
hanya satu aku pinta , 
jika orangnya nanti bukan seorang dia , 
kau ubatilah luka yang dia rasa , 
bawa pergi rasa yang dia pernah kata , 
agar satu hari nanti , dia juga mampu ketawa tanpa ada kecewa , 
seperti mana dia memberi aku ruang untuk tidak rasa benda yang sama.

"Aku hanya seorang perempuan biasa , tapi aku mempunyai cita untuk membuat mereka tertawa , walau nanti bila aku tiada ,mungkin mereka tidak terasa , aku yakin masih ada sedikit memori yang mereka dan dia tidak akan lupa selamanya "

maaf untuk penggunaan "aku" untuk yang lebih tua dari saya(^__^)


DIARY BUNDA 2009 - 2017 . All Right Reserved by DIARY BUNDA