superhero

If you listen too much to what people say about me , you will never know the REAL ME .

02 April 2012

AWAK , AWAK KAT MANA ?


بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH ,the Most Gracious , the Most merciful




Awak , saya tak banyak duit , tapi kalau awak nak , 
saya boleh bagi kasih sayang yang nilainya lebih tinggi dari wang ringgit .


Awak , saya tak mampu nak beli kapal terbang untuk awak , 
tapi saya boleh buat awak bahagia sampai rasa seperti di awang-awangan . 


Awak , saya tak boleh beri awak kereta mahal-mahal , 
tapi saya boleh jadi kereta awak yang awak boleh pandu ke mana-mana .


Awak , saya tak kuat untuk berlawan dan bertumbuk dengan orang yang cari pasal dengan awak , 
tapi saya boleh sentiasa berada di sisi awak untuk bagi semangat hingga awak mampu melawan seorang diri .


Awak , saya tak mampu nak belikan awak kamera Dslr jenama Canon atau Nikon , 
tapi saya boleh cipta kenangan terindah yang awak akan ingat sampai bila-bila walaupun tanpa gambar .


Awak , saya mungkin tak pandai masak sedap-sedap , 
tapi saya akan pasti kan awak sentiasa tersenyum kerana perut yang kenyang  .


Awak , saya mungkin tiada senyuman yang indah untuk buat hati awak cair , 
tapi saya boleh bagi anak yang comel-comel senyumannya untuk tambat hati awak dengan izin Dia .


Awak , saya tahu awak mungkin tak mampu beli rumah mahal dan mewah , 
tapi saya boleh hias rumah kita nanti dengan memori terindah sampai awak tak nak keluar rumah . 


Awak , saya mungkin tak mampu untuk jadi yang sempurna dimata awak , 
tapi saya boleh beri kasih sayang yang sempurna buat awak selamanya . 


Awak , saya mungkin bukan perempuan terbaik yang pernah awak kenal , 
tapi saya akan pastikan awaklah manusia paling beruntung sebab dapat kenal dengan saya . 


Awak , saya mungkin tak mampu nak redakan kemarahan awak dengan kata-kata saya, 
tapi saya akan peluk awak dengan penuh kasih sayang sampai awak lupa awak tengah marah . 


Awak , mungkin awak bukan yang pertama pernah duduk dalam hati saya , 
tapi awak sudah pasti akan jadi yang paling akhir dan kekal menjadi penghuni hati saya . 


Awak , saya mungkin tak boleh nak bawa kapal terbang , 
tapi saya boleh bawa awak rempit naik motor besar sebab saya ni minah rider hehe 


Awak , saya mungkin tak boleh halang awak dari basah terkena hujan , 
tapi saya cuba sehabis baik supaya tak pernah sekali pun hati awak dihujani kesedihan . 


Awak , saya mungkin tak lembut macam perempuan lain . 
tapi saya boleh jadi perempuan paling manja yang awak pernah kenal .


Awak , saya mungkin bukan seorang perempuan yang boleh dibanggakan , 
tapi saya mungkin boleh jadi isteri yang gah dihati awak sampai kawan dan keluarga awak pun terpegun.


Awak , saya mungkin tak mampu nak beri awak kata-kata semangat , 
tapi saya akan beri doa seorang isteri untuk awak setiap kali saya solat supaya awak berjaya . 






Awak , saya taknak minta banyak , saya cuma nak awak terima saya seadanya , saya cuma nak awak beri sayang awak sepenuhnya untuk saya selain Pencipta kita , saya cuma nak awak lindungi saya , saya cuma nak jadi orang pertama dan terakhir dalam fikiran awak sebelum awak tidur dan bila awak bangun dari lena , saya cuma nak awak faham apa dalam hati saya , dan paling penting saya cuma nak awak jadi seorang suami yang memimpin saya ke jalan-NYA dan mampu untuk imamkan saya dan anak-anak kita nanti . Itu sudah cukup untuk buat awak sempurna di mata saya :) 




P/s: Bakal suami , saya tak tahu siapa awak , saya tak tahu dekat mana awak sekarang , mungkin saya kenal mungkin saya belum kenal , tapi siapa pun awak , mana pun awak tinggal , kalau AWAK lah suami saya , saya akan terima seadanya :') 


maaf untuk penggunaan "aku" untuk yang lebih tua dari saya(^__^)


20 pendatang:

Pha Is said...

semoga cepat jumpa jodoh.... (n_n)

Bulan Syurga Firdausi said...

ya Allah sweetnye entry ni :) rahsia Allah tu sgt special kn :)

abgDude a.k.a kai said...

pergh....
sangat indah luahan hati kamo ini...

Anonymous said...

Great teks..looking forward to you

Bunda Ali said...

@pha is hehe insyaALLAH , lama lagi rasanya :) tah orang tu dah kenal ke belum skrg ni .

Bunda Ali said...

@Bulan Syurga Firdausi betul2 , rahsia dan aturan ALLAH tu cukup indah :)

Bunda Ali said...

@kai hee tiba2 idea jiwang dtg pula .kah2

atiqa aris said...

sedihnye sajak ke ape ni..tacing baca.:'(

Amas said...

saya doakan awak cepat dapat jodoh..
awak terlalu suwett.. =)..

Bunda Ali said...

@atiqa aris ini bukan sajak , bukan puisi , tapi isi hati buat si dia yang di cari :')

Aliff Haikal said...

tiada anugerah setanding apa-apa pun dalam perhubungan iaitu ' penerimaan dalam apa jua keadaan '

semoga apa yang dicari , kau akan dapat ye senah ! insyaALlah :)

Bunda Ali said...

@Aliff Haikal itu lah yang sebetulnya kan aliff hehe insyaALLAH , thanks , kau pun sama la k

Bunda Ali said...

@Teenager Housemaid manisss sgt sampai nak kena kencing manis tak ? huhu

Unknown said...

Nice, kalau nak join contest tu boleh je, buat entry macam biasa, then link kan kat entry ni :D x pun kopi pasta ke :D

Unknown said...

tarikh tutup terpaksa ditangguhkan memandangkan ada hal kecemasan (:

DIARY BUNDA 2009 - 2017 . All Right Reserved by DIARY BUNDA