superhero

If you listen too much to what people say about me , you will never know the REAL ME .

02 March 2012

MUTABA'AH AMAL ! APA TU ? DAVAI !!!!


بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH ,the Most Gracious , the Most merciful


Alhamdulillah semangat nak taip tu datang semula *buat muka comel dulu sambil kelip-kelip mata* ^_^
Baiklah , entry kali ni mungkin lain daripada yang lain dari post-post yang sebelumnya . Biasalah takkan asyik benda sama je kan ? Kalau sebelum ni aku selalu post tentang perkara yang berlaku dalam hidup aku , haa kali ni buat pasal benda lain pula . Macam aku juga lah , dulu COMEL , sekarang COMEL SANGAT . Haa nampak dah kan perubahan tu ? Hewhew*peace

Aku ni takdelah baik mana , aku ni taklah sealim mana . Tapi tak salahkan kalau aku nak ajak orang lain dan kawan-kawan aku sama-sama UPGRADE IMAN kita bersama-sama . Kan lebih bagus macam tu kan haaa
Kita nak buat baik janganlah solo-solo betul tak ? kalau part buat jahat bukan main lagi ajak sekampung , ni nak buat baik senyap-senyap pulaa Haippp takmooo macam tu . 

Kali ni aku nak ajak korang semua yang beragama Islam tu sama-sama berMUTABA'AH AMAL. Davai ! Davai ! ^_^

okay MUNGKIN ada yang tak tahu MUTABA'AH tu apa ? Huh apa tu ? arghhhh MUTABA'AH tu Apaaaaaaa ?Amboi nampak beno nipunya nak tension tanya macam tu sekali haha . MUTABA'AH AMAL tu adalah dari segi syara', ia disebut sebagai merperbaiki , memperbetulkan, mengindahkan peribadi dengan amalan-amalan yang selari dengan sunnah Rasulullah SAW, dengan beberapa penanda aras yang tertentu.

Caranya mudah je , buat satu senarai dan TICK pada yang dah berjaya kita buat . 


Contoh senarai AMAL :)


Haaa gambar atas ni adalah contoh jadual dan list yang aku buat khas untuk tunjuk pada korang supaya korang lebih faham konsep dia . Mula-mula korang kena lah senaraikan amalan-amalan yang korang rasa korang nak target untuk perbaiki diri dan upgrade iman masing-masing . Untuk yang tak biasa buat , jangan susah hati , kalau rasa berat untuk buat seperti tempoh masa di atas atau nak buat sekali banyak macam atas tu pun susah , takyah kelam kabut , meh sini buat muka ILEKK COOL dulu haaa mantain dulu k . Jangan awal-awal kata tak mampu atau tak boleh .

Kalau memang rasa tak mampu sangat , korang mula lah dengan 3 perkara dulu ke , dan bagi pendapat aku lah , paling mudah adalah mulakan dengan BACAAN AL-QURAN dan kalau boleh dengan terjemahannya sekali ,kalau rasa susah nak cari time nak baca korang biasakan baca lepas solat fardhu dan aku rasa biasanyalah paling senang nak curi masa adalah lepas solat Maghrib atau Isya', BELAJAR/BACAAN , haa tak semestinya belajar tu korang nak SKEMA belajar buat homework ke apa kan , aku tahu korang ni semua memang muka muka online je 48jam so apa kata korang ambil masa 10minit ke dari 48jam korang online tu untuk baca something yang bermanfaat contohnya Kisah Para Sahabat ke , pengetahuan ke , isu semasa ke tapi JAUHKAN BACA GOSIP RETIS kang nanti MULUT KAU PUN MENGGELETIS MENGUMPAT .Tak rugi mana punlah 10minit korang tu ,Percayalah, dan yang terakhir Riadah . Kalau yang memang mampu tu teruskan je , ini aku bagi cadangan untuk yang rasa kurang yakin korang boleh capai target kalau nak buat sekali banyak . TAKPE . sikit sikit lama-lama jadi bukit ;)

Tujuan kita buat MUTABA'AH AMAL ni bukanlah untuk kita rasa RIAK atau TUNJUK-TUNJUK kat orang dan kawan-kawan yang kita buat semua perkara amal tu , TIDAK SAMA SEKALI . Tujuan kita buat MUTABA'AH AMAL ni antaranya ialah

  • Korang boleh tengok jadual dan perjalanan amal korang , kalau berkurang , kita upgrade lagi .
  • Untuk biasakan kita dengan amalan-amalan yang mendekatkan diri kita dengan Maha Pencipta
  • Supaya amalan kita terurus dan sekata . kalau dulu ON OFF ,sekarang kita turn ON je 
  • Biar kita berlumba-lumba untuk beramal 


Cuba korang buat untuk tempoh sebulan kemudian check dengan kawan-kawan , Ajak kawan-kawan baik korang sekali . Baru seronok , TAPI kena BETULKAN NIAT , kita buat MUTABA'AH AMAL ni kena lah JUJUR dan ISTIQAMAH , paling penting tak boleh riak . PENTING ni kawan-kawan !

Kalau nak muka sentiasa COMEL , hati dan iman pun kena lah seiring COMELnya kan ^_^ 
Aku pun baru nak mula , buat sama-sama dengan geng BULATAN GEMBIRA aku dekat sini :)
InsyaALLAH moga ALLAH permudahkan urusan dan niat baik kita ni Okay KAWAN-KAWAN !

Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,
bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu.
Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu,
kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.
Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna,
nescaya tidak akan ada pendakwah.
Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.
(Imam Hasan Al-Basri)

JOM kita mula buat senarai hari ni , dan mulakan esok hewhew ! Ayuh Ayuh !

maaf untuk penggunaan "aku" untuk yang lebih tua dari saya(^__^)


8 pendatang:

shadhira said...

mutaba'ah amal... teringat contengan jalanan by hlovate..
may Allah bless us~

aroy. said...

aq suke la ayat ni ---> Kalau nak muka sentiasa COMEL , hati dan iman pun kena lah seiring COMELnya kan

DIARY BUNDA 2009 - 2017 . All Right Reserved by DIARY BUNDA