superhero

If you listen too much to what people say about me , you will never know the REAL ME .

07 February 2012

JARAK 5045 BATU BUKAN PENGHALANG UNTUK AKU MELIHAT JENAZAHNYA :'(


بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH ,the Most Gracious , the Most merciful


Seperti biasa apabila hari cuti , lepas subuh aku akan tidur semula . Pada hari Ahad bersamaan dengan 5 February 2012 juga merupakan hari maulidur rasul , aku bangun pada jam 2 petang , kemudian aku mandi dan solat zohor , baru lah aku capai laptop untuk online . Masa tu pukul 2 lebih dekat malaysia pula pukul 6 lebih petang .

Tengah-tengah scroll dan baca status-status hamba Allah dekat home facebook tu , aku terbaca status adik lelaki aku . 

"Al-fatihah kepada abang sedare ( Haniff Latif) bla bla bla "

Masa tu yang aku fikirkan , oh mungkin abang haniff punya sedare sebelah mak dia meninggal , Innalillah . 

Aku scroll lagi terbaca pula status makcik aku .

"Al-Fatihah buat Haniff Latif . semoga tenang disana"

Masa tu , ALLAH je tahu macam mana berderau darah aku baca status tu , aku baca berulang-ulang tapi still tak percaya , aku pergi cari facebook sedare mara aku yang lain , semua post benda yang sama , dalam fikiran aku masa tu , NAK CALL ! NAK CALL ! 

Aku terus capai tudung dan berlari ke bilik senior aku . Nak pinjam kredit untuk call family aku melalui laptop dia , sebab kebetulan , telefon aku tetinggal di rumah aunty embassy semalam masa sambut birthday cucu dia . Patut pun lah kalau aku tahu lambat pasal berita ni , sebab family aku pun tak tahu nak contact aku macam mana . 

Masa sampai kat bilik senior , aku mampu nangis je , menggigil tangan ni , nak tekan nombor telefon mami , ayah , semua aku tak tahu , Aku TAK INGAT ! aku dah tak boleh fikir . Aku nangis dulu , lepas berapa minit baru aku mampu nak ingat dan call rumah atok aku dekat Kluang .

Yang angkat masa tu mami , then betul , mami cakap , abg haniff dah takde :'( Aku sedih , tak percaya , semua , Aku nak balik , tapi bukan dekat nak balik malaysia dari moscow ni , kalau aku balik pun still tak guna , sebab jenazah kebumikan malam tu juga . Masa tu waktu malaysia dah lebih kurang 7.30pm . 

Aku terus minta mami cari broadband dan suruh dia online skype , sebab masa tu jenazah masih dalam perjalanan , ayah pun follow van jenazah tapi tiba-tiba tayar meletup pula , nasib baik sedare mara yang follow sekali tu bantu , so cepat sikit . 

Aku mampu nangis je kat depan laptop tu , sebab itu je aku mampu buat masa tu , Sungguh hati ni taknak pun percaya yang pergi tinggalkan kami semua adalah abg haniff , Arwah muda lagi , dia sangat periang , suka kacau orang , suka gurau-gurau , suka buat orang ketawa dan happy , then dah rancang nak kahwin hujung tahun ni , tapi apa nak buat , ALLAH lebih sayangkan dia , aku cuma mampu doa agar rohnya tenang disana dan sedekahkan al-fatihah serta Yassiin . Sungguh hati ni sedih . 

Lepas setengah jam tunggu , mami on skype , aku dapat cakap dengan sorang-sorang family aku yang tengah tunggu jenazah sampai , Papa abg haniff , Pak Long , nangis-2 masa cakap dengan aku , makcik-2 aku pun sama , mata aku dah bengkak dah masa tu , then adik dia Diela pun tak dapat balik sebab ada test plus dekat perlis , kalau balik pun utara ke selatan , dah tak sempat . 

Masa jenazah sampai , aku dapat tengok orang ramai usung dia bawa ke hall untuk biarkan ahli keluarga tengok jenazah buat kali terakhir , atok aku nangis-2 cium arwah . semua gilir-gilir dapat cium dia . Tapi aku , mampu tengok dan pegang skrin je . Mami bawa laptop dekat muka dia . So aku nampak muka dia . Sedih , tak percaya yang terbaring tu abg haniff . Hmm . 

Nampaknya lepas ni aku balik , cuma jumpa pusara dia je , dan lepas ni balik kluang tu , melawat dua pusara pula , sebelum ni satu je , arwah atok lelaki , kitorang panggil Abah . Lepas ni dua dua :'(

Lepas off skype sebab jenazah nak di bawa untuk dikebumikan , aku terus baca kan Yassiin untuk arwah , bersama dengan senior aku . Sedih sangat . tapi aku redha dia pergi seawal ini . Cuma bila tengok gambar-gambar dia yang aku ambil masa kat kampung tu semua berlambak kat laptop ni , Hati aku sebak je . Laju je airmata ni turun . Hmmm .
 
Apapun aku masih bersyukur , walaupun jarak aku 5045 batu dari malaysia , aku masih berpeluang untuk lihat wajah arwah buat kali terakhir melalui skype sebelum dikebumikan , . Untung sungguh . . Terima Kasih Ya ALLAH . 

Arwah meninggal akibat kemalangan jalan raya di highway pasir gudang . Dia terbabas masuk jalan arah bertentangan dan kena langgar dengan kereta dari arah depan . Arwah tersepit dalam kereta tu . Banyak kecederaan dalaman , tulang belakang patah dua , hati dia pecah , kepala dia bocor , itu apa yang ayah , mami dan akak aku cerita . Dan masa arwah tersepit , dia masih hidup , Pak ngah aku dan dua lagi sedara aku sempat pergi tempat kejadian , pintu kereta tak boleh buka masa tu , diorang mampu ketuk-ketuk tingkap dan suruh arwah mengucap aje, tak lama tu bomba datang , dan keluarkan arwah , masa tu , dia dah meninggal :'( dah ajal dia hmm

Sesungguhnya ajal , maut tu semua ditangan ALLAH , takkan lambat atau cepat walau sesaat pun . Aku cuma berharap masa saat-saat nafas terakhirnya , ALLAH permudahkan dan ringankan rasa sakit yang dia tanggung . Dan semoga rohnya TENANG di alam sana . Al-Fatihah . 




Ni video simple yang aku mampu buat untuk mengingatinya . Facebook dia pun dah deactivated . Nasib baik ada yang tahu password FB dia . hmmm . 

 Ya ALLAH , kuatkanlah hati-hati kami agar redha dengan pemergiannya . Aminn . :'(

maaf untuk penggunaan "aku" untuk yang lebih tua dari saya(^__^)


18 pendatang:

MiNoT said...

Al-fatihah.. sabar la.. jangan nangis dh taw~

Aliff Haikal said...

inalillah . ya ALLAH meremang aku baca weh dengar music blog kau . serious sedih :/ sabar k

NURFARAH SHAHIRA said...

seriusly sedih.takziah dan semoga tabah m'hadapi dugaan ni.semoga arwah ditempatkan dlm kalangan para solihin.Amin

fatiniathirah said...

sedihnye.. takziah bwat arwah sekeluarga.. sbar ea kak fatin.. semoga arwah ditmpt kn di klangan orang2 yg beriman.. Amin..

[fArAh aLiAs] said...

cik senah.. be strong yar.. cik senah kuat..

noor nabilla fattin said...

@NURFARAH SHAHIRA insyaALLAH , amin semoga dia tenang kat sana , sedekahkan AL-FATIHAH juga ya , thanks a lot

kim hafizzah said...

Atin , sabar je lah . Angah pun tak balik. sedih oh. Kita boleh doakan untuk dia , baca yassin . Hope dia tenang kat sana ;(

Dafina Afiqah said...

siriesss ke sis kat hway psir gudang ?? ary tuu ade accidnt jugkk kt situ....x taw la pulakkk ur kazen..al fatihah.

Nursyahira izzati Ngadimon said...

alfatihah kpd arwah semoga ditempatkan bersama org beriman :) kita yang hidup teruskan k !!

noor nabilla fattin said...

@kim hafizzah hmm insyaALLAH , kita okay dh , tak sabar nak balik summer ni hmm nak melawat kubur dia . Aminn

noor nabilla fattin said...

@Dafina Afiqah hmm teruk tak kereta dia masa fina nampak tu ?

Dafina Afiqah said...

boleh la teroknye..tp x berani nak pandang lame2..nampak kat depan dah sesakk pastu nmpk mcm accidnt..teros x pandang..soryy x dpt nak bg info yg tepat..

DIARY BUNDA 2009 - 2017 . All Right Reserved by DIARY BUNDA