In the name of ALLAH ,the Most Gracious , the Most merciful
Ada masa--
aku rasa aku sendiri yang kecewa
kecewa dengan apa yang aku rasa
sedang perasaan tu aku sendiri yang minta
andai saje melupakan itu adalah perkara termudah dalam dunia
aku adalah yang pertama
Ada ketika--
aku seperti yang paling gembira
ibarat dunia ini aku yang punya
lalu Tuhan memberi tanda
bahawa bahagia tak semudah yang di pinta
dan aku kembali terus berduka
Rupanya,
mencari tawa
tidak semudah kata.
kau perlu dulu menangis hingga kering air mata
kemudian saja hidup kau kembali ceria
Selase,
26092017