photo HEADER.png

superhero

If you listen too much to what people say about me , you will never know the REAL ME .

08 December 2014

Dunia bukan tempat bermalas-malasan


بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of ALLAH ,the Most Gracious , the Most merciful



Hari ni ada salah faham sikit. Ingatkan usrah petang ni. Jadi pergi kelas hari ni bawalah sekali buku usrah sekali dengan Al-Quran kecik ni. Rupa-rupanya kak naqibah cakap esok usrahnya.

Mula-mula rasa terganggu sikit. Sebab plan hari ni nak usrah then esok nak jual puff sardin. So boleh buat lebih sikit. Tapi untungnya ada sahabat yang selalu ingatkan kita.

Sambil gosok-gosok belakang kita , linlin cakap

"takpe-takpe . Jual hari ni je,beli barang sikit2 je tak berat. Esok usrah.ok je inshaAllah"


So balik kelas td, pergi juga ATAK beli barang niaga. balik kena naik bas dalam sejam perjalanan.masa dalam bas, tetiba teringat ada bawa Quran kecik tu,alang-alang  takde buat apa baik baca , boleh lengkap mutabaah amal sekali.


Tengah baca,ada sorang pakcik tua duduk sebelah.dia tengok je kita baca.cuak juga memula.tp takpe.kita yakin je kat Allah.Tiba-tiba pakcik tu tanya :



"Tu bahasa arab ke?"

"Haah ,bahasa arab ."

"Awak nampak ke baca tulisan kecik2 tu"

"Ok je nampak " sambil sengih. Terus aku sambung baca dan selak helaian sebelah.dia perhati dan dia tanya lagi

"Baca arab dari kanan ke kiri ya?"

"Ya kanan ke kiri.pakcik tahu arab ke?"

"Saya tak faham arab tapi saya tahu tulisan tu tulisan arab"

"Oh ok "

"Ini quran ke? "

"Ya "

"Dalam tu ada explain semua benda?"

"Haah.semua ada dalam ni"



Terus pakcik tu mengangguk dan senyum.
Tak lama tu dia turun.
Aku pun sambung baca ,tiba-tiba nampak petikan ayat ni


"Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk".
[Quran 7:158]

"Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi."
[Quran 7:178]


Ouch . Rupanya ada benda Allah nak tegur dan bagi hari ni. Kita beruntung sebab Allah pilih untuk berada atas jalan Dia,tapi masih ada rasa bermalas-malasan . 

Sedangkan pakcik tadi plak, dia tahu je arab ,dia tahu je dalam Quran tu ada explain semua benda,tapi mungkin Allah belum bagi dia hidayah dan petunjuk .

Jadi itu lah tugas kita sebenarnya,menyampaikan kepada orang orang yang masih belum tahu dan faham macam pakcik tadi . Kita dah dapat kita kena tolong orang lain juga supaya kat akhirat nanti tak terkial nak menjawab depan Tuhan.


Hmm bila fkir balik , apa je sumbangan yang aku dah bagi atas jalan ni selama ni? moga Allah terus tetapkan kita semua atas jalan ni sampai akhirnya.dan semoga pakcik tadi di beri hidayah dan nikmat islam satu hari nanti inshaAllah .


05122014
Moscow 

maaf untuk penggunaan "aku" untuk yang lebih tua dari saya(^__^)


Like jika anda sukakan post di atas :)

0 orang superhero:

DIARY BUNDA 2009 - 2017 . All Right Reserved by DIARY BUNDA